FAQ

Soalan Lazim (FAQ)

Ketahui maklumat berkaitan pakej perkahwinan, katering dan perkhidmatan Sha Wedding Planner.

1. Apakah pakej yang disediakan oleh Sha Wedding Planner?
Kami menyediakan Pakej Nikah, Pakej Sanding, Pakej Nikah Sanding, Pakej Katering, Pakej Majlis-Majlis dan Open Request Pakej mengikut keperluan pelanggan.
2. Di kawasan manakah Sha Wedding Planner menyediakan perkhidmatan?
Kami menyediakan perkhidmatan di seluruh Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan kawasan lain tertakluk kepada lokasi majlis.
3. Bolehkah saya memilih lokasi atau dewan sendiri?
Ya. Anda boleh menggunakan lokasi pilihan sendiri atau mendapatkan cadangan lokasi daripada pihak kami berdasarkan bajet, konsep dan jumlah tetamu.
4. Berapakah jumlah minimum tetamu untuk pakej perkahwinan?
Jumlah minimum tetamu bergantung kepada pakej dan lokasi yang dipilih. Kebiasaannya pakej bermula daripada 100 pax dan ke atas.
5. Bolehkah pakej diubah suai mengikut bajet saya?
Ya. Kami boleh membantu mencadangkan pakej yang bersesuaian dengan bajet, jumlah tetamu dan keperluan majlis anda.
6. Apa yang biasanya termasuk dalam pakej perkahwinan?
Kebanyakan pakej merangkumi lokasi majlis, katering, pelamin, dekorasi, meja beradab, sistem audio, pengurusan majlis dan pelbagai kemudahan lain.
7. Berapa awal saya perlu membuat tempahan?
Kami mencadangkan tempahan dibuat sekurang-kurangnya 3 hingga 12 bulan lebih awal untuk mendapatkan pilihan tarikh dan lokasi yang terbaik.
8. Bolehkah saya membuat sesi konsultasi terlebih dahulu?
Ya. Anda boleh membuat sesi konsultasi melalui WhatsApp atau temujanji secara fizikal untuk membincangkan keperluan majlis anda.
9. Adakah Sha Wedding Planner menyediakan pakej selain perkahwinan?
Ya. Kami turut menyediakan pakej pertunangan, aqiqah, hari jadi, doa selamat, seminar, annual dinner, majlis korporat dan pelbagai jenis acara lain.
10. Bagaimanakah cara mendapatkan sebutharga?
Hubungi kami melalui WhatsApp +60 11-2626 5696 dan nyatakan tarikh majlis, lokasi, jumlah tetamu serta jenis pakej yang diperlukan. Pasukan kami akan menyediakan cadangan pakej dan sebutharga.

realize all your plan with our best service

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Aenean commodo ligula eget dolor. Aenean massa. Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Donec quam felis, ultricies nec.

Our News

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Aenean commodo ligula eget dolor. Aenean massa. Cum sociis natoque penatibus et magnis.
Scroll to Top