WARGANET TERPERANJAT ALIF TEEGA KAHWIN ISTERI KEDUA DI SONGKHLA 4 HARI SEBELUM ANNIVERSARY DENGAN AISYAH HIJANAH

Personaliti media sosial, Alif Teega hangat menjadi buah mulut ramai di platform media sosial selepas mengakui telah berkahwin dua bersama wanita dikenali sebagai Fatin Umaidah Ramli.

Terkini, tular satu foto yang tertulis ‘gambar pasangan berkahwin’ memaparkan perincian pernikahan Alif dan Fatin yang dikatakan telah berlangsung di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand.

Foto tular tersebut telah mengundang pelbagai spekulasi ramai pihak terutamanya mengenai tarikh pernikahan Alif dan Fatin yang tertera pada surat tersebut bertarikh 21 November 2023, beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinan bersama isteri pertama, Aisyah Hijanah.

Hal ini demikian menimbulkan persoalan sama ada Alif berkahwin secara senyap dan tidak dapat restu daripada Aisyah kerana dia memaklumkan kepada umum telah berkahwin dua pada 18 November 2023.

Sebelum ini, Alif atau nama lengkapnya Mohd Hazalif Mohd Hazani tampil meleraikan segala spekulasi dengan mengakui telah berkahwin dua demi mengelak sebarang fitnah berterusan terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Sementara itu, Aisyah pula seakan reda atas nasib menimpanya itu serta mendoakan kebahagiaan suaminya bersama madu, Fatin Umaidah dan berharap ramai pihak tidak terus bercakap buruk mengenai rumah tangga mereka.

SUMBER : https://www.hotfm.audio/warganet-terperanjat-alif-teega-kahwin-isteri-kedua-di-songkhla-4-hari-sebelum-anniversary-dengan-aisyah-hijanah/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top